Alhamdullilah... Hari pertama puasa berlalu sudah. Errkkk... perut pun sudah kenyang... :)
Perjalanan siang tadi berjalan dengan lancar. Mampu bertahan memandangkan panas terik pada siang hari. Lagipun hanya satu kelas saja hari ini seawal 8.00 pagi.
Perjalanan siang tadi berjalan dengan lancar. Mampu bertahan memandangkan panas terik pada siang hari. Lagipun hanya satu kelas saja hari ini seawal 8.00 pagi.
Sahur..
5.00 pagi : Berkumandang 'doa pagi' dari alarm hanset aku. Terjaga. Gagahkan juga untuk bersahur walaupun setan ligat bergayut-gayut pada kelopak mata ku. Kemudian mengejutkan si dia (dah janji pada malam sebelumnya) untuk bangun sahur. Selesai tugas mengejutkan manusia yang liat bangun (tapi senang pula nak kejutkan sahur tadi) itu lalu aku mengambil botol air ku dan meneguknya. Sahur hanya air kosong sebanyak 200ml (habiskan). Untuk tenaga berpanjangan selama satu hari aku berpuasa. 'Tong pundi' penuh lalu aku sambung tidur.
8.00 pagi - 7.21 petang : Hadirkan diri ke kelas. Agak malas 'plus' dengan mengantuk yang amat sangat. Fokus pada pembelajaran hanya setengah jam awal dan koya satu jam setengah kemudian. 10.00 pagi, kelas habis sudah. Nasib menyebelahi aku kerana kawan ku sudi menumpang aku balik ke rumah. Menjimatkan tenaga aku dari kering kontang. Terima kasih kawan :) . Pulang rumah terus online. Satu aktiviti yang tidak pernah tinggal. Nampak macam mania tapi bukan... Bosan. Penat (tak berapa sangat sebenarnya). Aktiviti lain : sembang-sembang dengan kawan + baca buku '50 Days Rantings By Marina Mahathir' yang aku pinjam dari kawan rumahku + mengantuk. Untuk penuhkan lagi aktiviti aku pada hari ini, aku selitkan dengan tido petang. Dari 2.00 petang hingga 4.25 petang. Sudah hampir penuhkan?
Oleh kerana aku hanya beli makanan dalam kolej je jadi aku dan teman serumah beli makanan seawal 4.45 petang (takutkan makanan habis). Hampa. Hanya satu kedai yang menjual makanan berlauk. Persaingan sengit dari pelajar. Makanan terhad untuk jadi pilihan berbuka puasa. Menu berbuka hanya ini sahaja :

-juadah berbuka puasa-
Menu hari pertama :
Oleh kerana aku hanya beli makanan dalam kolej je jadi aku dan teman serumah beli makanan seawal 4.45 petang (takutkan makanan habis). Hampa. Hanya satu kedai yang menjual makanan berlauk. Persaingan sengit dari pelajar. Makanan terhad untuk jadi pilihan berbuka puasa. Menu berbuka hanya ini sahaja :

-juadah berbuka puasa-
Menu hari pertama :
- Air limau nipis (kordial limau nipis je)
- Nasi putih + ayam goreng + Kacang panjang (x tau masak apa) + ubi kentang masak kicap (kot)
- Desert : roti sosej + bubur kacang hijau + roti jala
= TOTAL AMOUNT aku berbelanja hari ini RM 6.20 (Rm 0.20 aku beli ais batu)
Notes : Untuk elakkan pembaziran pastikan tanya dulu apa bahan2 dalam makanan (kuih muih). Ini kerana aku telah melakukan pembaziran pabila bubur kacang hijau telah di campur durian (aku tak makan durian). Ingatkan tong sampah jadi tempat makanan, nasib baik roomate aku nak habiskan. Cube elakkan pembaziran tau!
Satu pencapaian mungkin kerana puasa sebelumnya aku habiskan dalam RM 10 (itu kerana tidak pergi ke bazar ramadhan). Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur. Perut aku tetap boleh kenyang. Rezeki hari ini.
Tak sabar menanti hari esok. Boleh makan sedap-sedap. Kerana aku ingin pulang ke rumah!!!