..Kisah Benar.Memberikan 1000 Trauma..

Cuaca yang sangat indah (panas terik), dengan keterujaan menjalani puasa esok, di samping sekarang melalui masa-masa kosong yang tidak terisi dengan apa-apa aktiviti (baru abis kelas) mengerakkan jari-jemari aku untuk menulis sesuatu. Tiba-tiba teringat pula satu kejadian yang berlaku dua hari lepas (aku anggap tragedi ngeri dalam hidup aku). Teringin pula aku kongsikan bersama kalian setelah aku menceritakan tragedi ni pada beberapa orang kawan.

Kejadian ini berlaku pada dua hari lepas. Ahad. 8 Ogos 2010. Pada petang hari (tak tahu angka berapa). Aku dan seorang kawan ku ingin pulang ke hutan belantara tercinta, tempatnya menambah ilmu iaitu Muadzam Shah. Kami berdua berdiri la di suatu tempat (berdekatan terminal bas Kuantan). Dari jarak 1KM (angaran) aku terpandang la satu manusia yang baring di tepi bangunan yang menjadi tempat manusia lalu-lalang. Pemikiranku. Oh orang gila rupanya.. Perlakuan yang biasa-biasa, tidak menganggu orang ramai kecuali ini..... Setiap kali manusia yang lalu di hadapan orang gila itu, Si gila ini akan mengangkat kain pelekatnya (orang gila itu berkain pelekat sahaja). Pelik. Aneh. Aku pun bertanya la kat kawan aku ni, " Apa yang dia buat tu ha?". Kawan ku hanya menjawab, " Entah la, bese la orang gila." Lalu kawan aku pun mengajak aku pergi dan pada masa yang sama, kami perlu lalu di hadapan orang gila tersebut. Orang gila, biasalah sapa-sapa pun akan takut (padahal mereka tak buat-buat pun) bila berada terlalu hampir atau dekat. Aku pun berjalan rapat dengan kawan ku. Dalam beberapa langkah sebelum ingin hampir kepada orang gila tu, dan pada yang sama ada orang lalu di depan dia, dengan tanpa perasaan dia (orang gila) pun mengangkat kain pelakatnya dan...... Masyaallah... Amat la buruk pemandangannya. Tanpa segan silu menayangkan 'anu'nya. Aku yang pada masa tu ingin makan (makan roti segera sambil berjalan kerana lapar) terus terhenti buat seketika. Tragedi ngeri (bagi aku) yang mematahkan selera aku ini takkan aku lupa sampai bila-bila. Ni lah trauma yang membuatkan aku termuntah bila ingatkannya. Aku pun berkata la kat kawan aku, "Tak malu ke dia?" dan kawan aku hanya menjawab, "Dah nama pun orang gila." Begitu ke orang gila? Tiada hati. Tiada otak (maaf kalo terkasar). Tiada malu. Ape motif orang gila buat macam tu? (tayangkan 'anu'). Mungkin orang gila seks agaknya. Kasihan. Moga-moga dia (orang gila) mendapat jalan yang benar dari-Nya. Dan moga aku takkan bertemu lagi dengan dia (orang gila) dalam keadaan yang sama lagi kerana mengenangkannya pun buat selera aku terus mati.

 

Meet The Author