holla!

Hello! sawadikap! salam! kabare? hee

Lama gila tak me-update blog. Sama la juga aku da lama tak menulis di diari.
Tahun 2012 makin berpenghujung, makin itu juga macam-macam ada. 
Kehidupan harian, persahabatan, percintaan, pengkhianatan, macam-macam lagi la..

Dengan keadaan aku yang sangat bosan sekarang ni, aku nak me-update la sikit sebanyak tentang kehidupan aku selama 10 bulan dalam tahun 2012 ni.

Kehidupan...
Macam ni la aku seperti mana aku 5 tahun dulu-dulu. Tapi advance la sikit. Pemakaian tu ada la lebih-lebih. Mekap pun dah tak gagap-gagap sangat. Kiranya aku personaliti aku ni membangun seiring dengan usia aku yang makin dewasa tapi bukan tua. 
Aku masih tak buat lesen memandu. Aduyaaii, trauma aku masih ada la. Nak jugak aku belajar memandu tapi tulah... confident diri masih di tapak kaki. Tapi insyaAllah dalam masa terdekat ni sebelum umur menginjak 26tahun, aku perlu ada lesen memandu. That's my promise!
Ha! sekarang ni aku dah bekerja. Kerja biasa-biasa tapi Alhamdullilah aku tak pernah merasa menganggur. Biarlah gaji sekecil manapun tapi aku akan pastikan aku takkan menganggur. Aku kerja tempat aku prac dulu. Tupun kena jadi kuli orang dulu selama 6bulan. Nampak macam bodoh, tapi lebih bodoh kalau lepaskan pekerjaan macam tu je. Hidup perlu demand tapi kena tengok tahap pencapaian. Aku? OMG...
Sekarang ni aku menetap bilik sewa kat kuantan, dekat je dengan ofis aku. Weekend baru balik rumah. Taklah bebankan abah hantar ambil setiap hari. 


Percintaan.....
Aku masih bujang trangg-tang-tang.. Ada je tau nak ngorat tapi aku tak layan. hee...
Bukan sombong macam aku ni bagus sangat tapi perangai lelaki ni sama je, takde beza. Kenal untuk suka-suka. Dari aku buang masa, baik aku ignore je.
Lagipun aku ada Encek Buncet sekarang ni. Dia bukanlah kekasih tapi cukuplah hatiku ni mengatakan yang dialah seorang. Setakat ni kami cuma kawan-kawan, insyaAllah dengan izizn Allah harap kami kawin lak. ehek :)
Tapi tulah... bila aku dengan dia rasanya macam ada tak kena. Nak kata bahagia tapi rasa sengsara, nak kata gembira tapi terselit duka. Dulu aku pasti aku cintakan dia, tapi sekarang... 
Dia banyak ranapkan hati aku. Hati aku ni macam tak mampu je nak pulih balik. Penuh pengkhianatan, banyak pembohongan. Aku benci semua tu. Dan bila aku sudah redha tentang tiada dia, sekarang ni dia tawarkan janji.. Baik , aku pegang janji itu, cuma aku harap dia kotakan... sebab nilah peluang  terakhir untuk kami bersama. 
Aku dah rasa penat, sikit je lagi mahu give up....


Persahabatan...
Dikelilingan kawan-kawan yang bekerja memang tak sama dengan dulu-dulu.
Aku kadang-kadang naik rimas dan bosan. Banyak sangat muka-muka dan hipokrit. Rasa tak best je.

Dan sebanyak mana aku bernafas, aku banyak belajar tentang pengalaman.
Bukan mudah nak menjadi manusia yang baik, sentiasa memaafkan.
Banyak perkara aku selalu kata 'takpe, aku maafkan.' tapi dalam hati ini masih terngiang-ngiang tragedi semalam.



NotaKaki: Encek Buncet pergi kemboja dua minggu


 

Meet The Author