Indahnya musim buah-buahan. Alhamullilh aku dapat merasai kenikmatan buah-buahan tempatan. Lebih-lebih lagi rumah ku turut mempunyai pokok-pokok tempatan seperti rambutan, manggis, dan durian. Seronok melihat pokok-pokok di hujani buah-buah pelbagai warna. Bukan senang nak dapat buah-buahan tempatan pada musim yang bukan-bukan. Namun puasa pun makin kian tiba, nampaknya kenyang la tupai2, monyet2 menikmati keenakkan buahan tersebut.
Teringat lak baru-baru ni aku ada pulang kerumah. Huuiii pulun la 1 bakul rambutan. Naik pedih anak tekak aku asyik makan rambutan je. Dalam banyak2 buah-buahan tempatan ni, aku ada la alah pada 1 buah ni. Mak aku siap kata bodoh la kalo tak suka makan. Bukan senang nak dapat. Tapi aku tak peduli. Memang usir jauh2 la buah 2. Buah durian… Dengar pun dah tahu sedap. Tapi tak pekena bau dia, Fuuhhhh boleh pengsan seminggu, muntah darah. Bukan sengaja tak mahu makan cume ada peristiwa yang sampai sekarang aku takut nak makan durian.
Alkisahnya begini..
Semasa aku kecil-kecil dulu tapi x la kecil mana. Tak silap aku dalam darjah 5 6 jugak la. Dulu aku minat giler buah durian. Kira ‘hantu’ jugak la. Dah pulak tu abah aku ni asyik tunjuk-tunjukkan lagi la seronok aku makan. Aku ni kira susah cikit dalam bab makan. Nak kata cerewet pun tak la jugak. Cuma setiap makanan tu kena SEDAP baru la tekak aku ni laju je nak makan. Abah aku ni pulak bile tahu anak dia macam ni pening kepala la jugak. Sebab bile aku kata x sedap jadi tak nak makan, cikit pun aku takkan sentuh. Bagi la spaghetti ke, apa ke, bile sekali jer aku makan tak sedap selama-lamanya aku takkan sentuh dah. Dan bile ada makanan yang aku suka makan, menu tu jelah aku akan makan. Jadinnyer tiap-tiap hari la abah aku beli makanan yang sama. Asalkan aku habis makan. Macam jugak la durian ni, aku suka makan so abah aku asyik beli la. Kiranya rumah aku tak kering la dengan durian. Ada 1 hari ni, ayah aku beli 1 bakul besar durian. Ala bakul durian yang jual kat pasar 2. Banyak giler. Abah aku kata murah jadi beli banyak. Lagipun kononnya ada la hantu durian kat cini. Tapi memang betol, aku punya la syok giler makan sampai tak henti-henti. Kiranya banyak la jugak aku makan. Dah naik malam tu, aku mula la pening-pening. Badan macam tak sedap jer. Makin malam aku mula panas badan, muntah tak henti-henti. Seingat aku, dalam 2 3 ari jugak la aku muntah tak henti. Dah pulak tu muntah bau durian. Busuk giler ya rabbi. Tak silap aku seminggu lebih aku demam, dan tak datang sekolah. Aku ni pulak jenis cepat sakit masa kecik-kecik dulu. Sejak tulah aku takut nak sentuh durian. Lagipun bile jer bau durian, aku rasa pening jer. Tapi tempoyak aku makan. Sedap dowh!
Kawan-kawan asyik. Tanya kenapa. Ada kata berlagak la, tak tahu menghargai la, apa la.. apa aku buat mesti ada sebabnya. Well mungkin satu hari nanti aku akan jamu jugak durian ni. Cuma ambik masa lagi kot. Hmmm…teringat lak rambutan kuning kat rumah…