Indahnya bahasa mata dari bibir yang berkata-kata.
Aku pujakan mata yang sentiasa ikhlas dengan perasaan, dari bibir yang mengungkapkan kata yang ntah-ntah.
Aku dambakan mata yang setia dengan hati ,dari bibir tuturkan ayat yang kononnya romantis dan suci.
Mana kau mata yang aku puja-puja.
Mana kau mata yang aku telah jatuh cinta.
Mata kau mata, sentiasa ikhlas dengan hati. Kekal telus dan suci.
Mata kau mata, memang sukar untuk kau berdusta.
Dapatkah kau manusia membaca mataku yang penuh dengan cinta?
Dapatkah kau manusia meneka perasaan aku dengan hanya lalui air mata?
Aku gilakan mata dari bibir yang berkata-kata. Kerana mata suci dan ikhlas dengan cinta.
Namun sentiasa terselindung dengan maksud yang kau tidak dapat teka.
Hanya manusia ikhlas dengan cinta dapat mengungkaikan maksud yang tersirat.
Mata oh mata, mana kau insan yang aku cinta…
