Hai Bloggie!
Lama tak updatekan diri. Bukan masalah busy tapi masalah line internet yang macam siput babi. (Err tak perlu censor kot babi tu). Sambil tu aku kekeringan idea selari dengan diriku yang kebosanan duduk membesarkan badan kat rumah ni.
Sehari…
Seminggu…
2 minggu…
OK. Aku dah idea kini. Aku tertarik nak mengUar-uarkan pendapat aku tentang ini..Encek Buncet la ni cerita pasal fesyen semalam, aku pun nak luahkan pendapat aku jugak pasal ini... FESYEN. GAYA. PENAMPILAN. Depan dia aku tak pandai debat sangat, mamat fesyen la katakan. Baik aku diam. FESYEN. Sesuatu yang sentiasa berubah-ubah. Kadang-kadang aku rimas jugak. Manusia suka ‘tiru’, terkinja-kinja mengikut gaya artis-artis. OK, mereka kata IKON. Fine. Pendapat aku dan mereka mungkin cukup berbeza. Mungkin mereka akan kata aku berfikiran kolot, kurang kemahuan, dan hanya duduk di takuk lama. Aku ada pendapat aku tentang fesyen, gaya dan penampilan.
Aku punya pendapat…
Fesyen adalah sesuatu yang subjektif. Ia datang dalam diri sendiri. Maksud aku bagaimana pengayaan sesuatu baju, tudung itu di gayakan. Walaupun hanya ber-Tshirt bodoh dan berseluar jeans tapi kalau pandai di gayakan tetap boleh menampilkan fesyen terkini. Tak semestinya perlu ‘meniru’ beli baju seperti Yuna, tudung seperti Hana Tajima hanya semata-mata mahu jadi seperti mereka. Sekarang ni aku tengok fesyen VINTAGE makin menjadi bualan. Beg, baju, seluar dan segala-galanya semua nak nampak vintage. Aku pun tak perasan bila fenomena ini terjadi. Rasa semak pulak mata aku tengok. Sebenarnya aku pun turut terikut. Aku pun ada koleksi beg vintage. Hehe. Tapi hanya satu koleksi jela. Aku agak sayangkan duit aku nak belikan sesuatu barang yang hanya boleh di pakai dalam tempoh tertentu saja. Dan esok-esoknya tukar yang lain pula. Membazir bukan? Ish ish tak baik tu kawan syaitan. Heee..
Aku punya fesyen, gaya dan penampilan…
Aku SIMPLE. Tu jela yang aku boleh cakap. Tapi aku tak lah berada di takuk lama. Baju taklah macam budak-budak IPTA yang berlengan panjang, takde cutting badan. Aku bertudung. Dan pengayaan tudungku bukanlah bawal atau tudung empat segi. Aku ikut juga trend terkini, berselendang. Cuma aku bukanlah beli selendang mengikut ‘musim’, kalau ‘musim arab’ aku pun beli tudung macam tu. Tu bukan aku. Aku jenis manusia yang berfesyen ‘sepanjang zaman’. 5 tahun lepas aku pakai macam ni, sekarang ni masih available lagi, dan masih bergaya untuk 5 tahun akan datang nanti. Hebat bukan? Hee… Apa yang selesa bagi aku tulah yang aku gayakan. Sebenarnya aku ni bukanlah manusia yang punya keyakinan diri yang tinggi. Everything hanya play- safe je. Kadang-kadang bila aku beli sesuatu yang di luar pengayaan aku mesti suara-suara sisi akan kata “ko pakai ke??” Kata-kata itu menganggu pendapat serta minat aku nak beli ‘itu’. Lagipun betul jugak, ada aku beli satu baju tu nampak gegurl,haram sampai sekarang aku tak pakai. Kurang keyakinan diri la katakan. Asyik bermonolog ‘itu bukan jiwa aku’. Kan membazir! Jeans, Tshirt, Cardigan,Jaket adalah pakaian harian aku yang membuatkan aku berkayakinan. Di tambah pulak selendang yang digayakan SIMPLE, tak meniru pengayaan seperti Yuna atau Hana Tajima. Kan aku cakap, aku tak suka ‘tiru’! Tapi aku ‘tiru’ gaya Jessica Alba. SIMPLE IN EVERYTHING. Movie ‘HONEY’ menjadi inspirasi aku. Simple.simple.simple!!!Walaubagaimanapun aku punya ‘look’ masih nampak up-to-dated..kot.. Masih nampak stylo. Masih nampak bergaya. Macam aku cakap tadi, tak semestinya kita kene tukar baru, beli itu dan ini mengikut trend terkini untuk nampak lebih trendy @ mengikut fesyen semasa tapi kita kena tahu bagaimana kita mengayakan sesuatu pakaian agar ia selaras dengan arus semasa.
-Bagi aku fesyen itu mudah. Jangan biar kita terlalu tergedik-gedik kejar fesyen tapi biar fesyen kejar kita. Jangan hanya tahu meniru tapi cuba create sesuatu yang baru agar orang ikut kita. Nice bukan?
Selingan : aku sekarang ni macam minah bundle. Hampir 30% aku beli bundle. (baru 30% dah riak..ciieett!) hehe…Beg, jeans, baju hampir semuanya bundle sekarang ni. Hey! Encek Rapi bagi aku baju. Cantek. I lookiiiieee!