Emosi terganggu. Memutuskan urat-urat mata aku dari terasa mengantuk. Perasaan bercampur baur. Takut.Marah.Serba salah.Sedih.Rindu. Tapi ego aku atasi segalanya. Hati aku terus bermonolog sendiri lalu aku bangkit dari pembaringan lalu terus meng'On'kan lappy aku. Tiba-tiba aku teringat kata sir ethics aku pada kelas isnin yang lalu. Dia ada tanya kami.. (dia cakap omputeh, ni aku terjemahkan kepada melayu). " Mengapa kesedaran datang dan lima minit kemudian hilang. Mengapa? Kerana kita sentiasa melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang." Ya, aku mengaku. Kata-kata sir tu ada benarnya. Dan orang sekeliling aku turut melakukan perkara yang sama.
Aku ingin membuat pengakuan. Aku ada satu kelemahan. Aku adalah seorang yang Cemburu. bukan sangat.. tapi teramat. Namun, bukan la cemburu pada kesenangan mereka, cemburu pada rupa paras, cemburu pada kebijaksaan. Tapi cemburu pada DIA. Sukar nak tafsirkan tapi aku adalah orang yang agak cemburu. Aku pentingkan diri sendiri. mungkin. Apa hak aku adalah hak aku dan milik aku. Dan tiada siapa boleh ceroboh dan rampas hak aku dari aku. Dan kesudahannya memakan diri aku. kini. Aku menjadi pengongkong pada dia. Kalo boleh semua aktiviti hariannya berada pada tangan aku. Ceroboh privasi dan merampas kebebasan dia. Agak kejam. Tapi akhirnya, aku juga yang merana. Terluka. Melihat setiap 'kecurangan' dia bukan sesuatu menyeronokkan. Selalu aku motivasikan diri agar jangan lihat. jangan tengok. jangan ambil tahu. Tapi hati degil. Telinga pekak. Tangan gatal. Terus meninjau-ninjau apa yang dia lakukan. Dan sekarang aku makan la hati sorang-sorang padahal mungkin sekarang dia seronok 'curang' di belakang.
Apa perlu lakukan? Abaikan? Ohh tidak. Aku rela jauhkan diri dari melarikan diri.
Sebenarnya apa yang aku takutkan? penipuan mungkin. Kecurangan juga.
Yang pasti aku tidak mahu cerita bertahun-tahun itu berulang....
malam ni tiada bintang di langit,
begitu juga dengan muka ku yang malap tanpa bintang-bintang.