"..kita buat macam biasa je.. macam sebelum ni kita kenal. Macam customer dengan penjual. Cara inilah yang tebaik.. Takde hati yang sensitif.."
"i ikut je kalo itu yang u mahukan.."
.
..
...
Lenaku aku diganggu, mimpiku terus di ragut. Sangat kejam sedikit tidak meninggalkan ehsan.
Pelangi yang mula terbit sudah hilang di simbah hujan. Bukan hujan panas tapi hujan asid yang menghakis semua warna, perlakuan, kenangan. Apa yang aku impikan hancur berkecai. Persahabatan lelaki dan perempuan hancur di tengah jalan di lanyak2 kenderaan.
Aku kelu, lidah kaku. Air mata tidak mampu mengalir tapi..... Kenapa hati aku sakit Ya Allah... Kenapa aku terasa senak, terasa hiba, terasa syahdu. Apakah itu?
Aku perempuan yang tidak punya status padanya. Apakah patut tindakan aku terus merayu padanya? Oh tidak. Aku tidak layak.
Aku perempuan yang tidak punya status padanya. Apakah patut tindakan aku terus merayu padanya? Oh tidak. Aku tidak layak.
Kenapa lelaki semua kejam, membelai perasaan dengan sayang dan tiba-tiba meninggalkan aku terkontang kanting seorangan. Membiarkan sayang aku hilang di mamah air mata yang mengalir di hati dan jiwa. Aku banyak menyesal. Menyesal dengan layanan, menyesal dengan gaya percakapan yang di tuturkan, menyesal menjadi selemah hawa. Aku menyesal...
Permulaan semalam kami amat cantik, amat baik. Tapi kenapa pengakhiran begini. Mengapa???
Adakah kata-kata yang berbaur terus-terang mencabar sabar mu? Kau kata aku sensitif. Tapi aku hanya sensitif pada pertuturan yang kau luahkan pada ku dengan kata2 yang bukan-bukan. Tapi kau?? Kau sensitif dengan semua keadaan. Aku ego? Kau lagi ego!
Sudah. Aku redha. Mungkin Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya. Aku serah jiwa dan raga padaNYA kini. Walaupun kini aku sudah hilang kau.. teman.. teman paling aku sayang. yang makin bertakhta pada hatiku sekarang. Namun aku bersyukur, kau pandai mengundur diri.. sebelum aku betul2 jatuh kasih pada kau. Aku berterima kasih untuk itu...
---> Dengan ini aku berjanji...tidak akan sesekali meluahkan perasaan sebenar aku pada lelaki, tidak akan bersuara lantang lagi, tidak akan senyum pada mana2 lelaki lagi, tidak akan layan mana2 lelaki (kecuali kawan yg sudah kenal), Paling penting, aku takkan biarkan hatiku jatuh cinta pada lelaki lagi!
_wm_
Kerana dari luahan jujur dari hatiku inilah hubungan yang mesra ini jadi punah ranah!
Epilog
Aku tekun menaip ini. Bila luah disini lebih tenang dari luah di hati, luah pada manusia. Aku kembali tenang. Tapi sumpah aku katakan aku tak mampu nak tersenyum. Aku terimbas kembali keadaan aku di tinggalkan cinta pertama aku dulu. Seperti ini.. Sama macam sekarang ini. Aku akan mulakan hidup baru tanpa dia. Harap kau bahagia sayang. Aku akan sentiasa doakan yang terbaik buat kau.
selingan : Encek Buncit sudah hilang dari pandangan. Sekarang tinggal firdaus yang mula2 aku tak berapa kenal. Hati aku sebak sangat...