jantan, jejaka atau lelaki

Aku pernah tulis satu 'status' pada laman sosial ku. Status yang membezakan jantan, jejaka atau lelaki. Mungkin setiap perkataan ini sama maknanya tapi hanya secara lahiriah. Tapi di sebalik setiap perkataan ini aku selitkan makna-makna yang tersirat..

jantan, apa yang mampu aku ungkapkan adalah seorang 'lidah bercabang'. Suke bermuka-muka dan pandai bermain kata dan bermadah pujangga. Aku agak fobia dengan manusia jenis ini. SANGAT DAN TERAMAT. Sini kata sayang, sana kata cinta. Sini kata bahagia, sana kata gumbira. Hipokrit teramat mereka.

jejaka, aku rumuskan pada mereka yang kacak bergaya. Tampan. Sudah semestinya aku tidak layak pada mereka-mereka. Kerana aku adalah si buruk rupa. Jeles kekadang melihat mereka yang sama cantik sama padan berpasang-pasangan. Cuma satu ingin aku terangkan... aku tidak percaya pada mereka yang berwajah tampan.

lelaki, ironinya ia adalah umum. Tapi aku simpulkan satu definisi untuk seorang lelaki. Dan lelaki inilah yang aku cari-cari untuk menjadi teman hidup dan mati. Lelaki yang tidak membelaikan aku dengan kata-kata tapi cukuplah dengan perbuatan yang di penuhi dengan cinta. Tidak perlu kacak bergaya, hanya cukup sebagai penyedap mata. Paling penting... lelaki ini tidak bermuka-muka, penuh ikhlas di dada dan hanya ada SATU CINTA. dan Lelaki inilah membataskan aku mencintai orang lain selain dia.....LYSM

 

Meet The Author